Rasionalis Murni
ketidak-tahuan kita tidak menafikan sesuatu.
jadi kebodohan kita tidak boleh menyatakan sebagai pengukur kebenaran. dan juga kebodohan itu maknanya adalah milik kita sendirian. tidak dapat menolak kebenaran andai kita tidak dapat mencerapnya akibat ceteknya pengetahuan kita. kerana itu juga kita tidak harus cepat menolak kebenaran jika telah sampai kepada kita.
orang yang tidak memiliki, tidak dapat memberi.
seseorang yang tidak berduit tidak akan mampu menghulurkan sekupang dua. seseorang yang tidak mempunyai makanan tidak mampu menyajikan nasi sepinggan dua. dan orang yang tidak mempunyai pengetahuan tidak mampu untuk menetapkan kebenaran.
semacam itulah hidup ini. kita senantiasa dihujani dengan persoalan. dan andai kita tidak memiliki daya pemahaman yang baik maka kita akan ditindas oleh dunia. kita akan dihancurkan walaupun jasad kita tetap tegar. yang hancurnya bukan jasmani tetapi rohani; pemikiran kita dilacurkan oleh diri sendiri. sebenarnya dunia itu sangat kejam. mampu merobek hati kita hingga tidak berbalas kasihan.
begitulah juga bagaimana seorang "rasionalis murni" tidak akan dapat memahami dunia kerana akalnya diarahkan kepada cerapan indera yang lima sahaja. sedangkan keterbatasan indera yang lima itu memang diketahui oleh semua manusia yang berakal. lalu bagaimana seorang rasionalis itu mampu menilai akan wujud hikmah-hikmah dibalik sesuatu kejadian, dan hikmah-hikmah itu adalah perbuatan Tuhan yang Agung itu?
kepenolakan seorang "rasionalis murni" kepada hal sedemikian adalah kerana keterbatasan ilmunya dan dia seorang yang tidak memiliki pemahaman yang aman. lalu dia menolak kebenaran dan menafikannya, atas sebab sebatas ayat: "hal itu tidak rasional. tidak dapat dibuktikan dan tidak dapat diterima akal". lalu ia berpaling dan berlalu. jadilah dia seorang makhluk yang menjadi hamba kepada akalnya; iaitu dia adalah hamba kepada dirinya sediri. sedang hakikatnya ialah "kita" mengawal akal, bukannya akal mengawal "kita".
sebenarnya semalam ada banyak kejadian yang belaku. menimpa aku. kejadian yang aku panggil kecelakaan. "arh... kenapa celaka aku hari ini?". bertimpa-timpa kesusahan. datang satu kemudian datang lagi. tak henti-henti. bertompok-tompok. kemudian neezal berkata: "bagus juga kejadian ini, menyedarkan kita". justeru kejadian-kejadian yang berlaku di dunia yang kejam ini sebenarnya terkumpul seribu rahmat Ilahi, untuk hamba-Nya yang merenung.
jadi pada mulanya aku bodoh. lalai hingga memanggilnya "celaka". itulah! kerana aku tidak mengetahui dan kerana aku tidak memiliki. kemudian setelah difahami, maka "celaka" itu bertukar menjadi "petunjuk".
manusia yang dapat memahami maksud Tuhan akan cepat tersedar dan dia akan berjaya. tapi manusia yang tidak dapat memikirkan maka jadilah dia sia-sia. dan seorang rasionalis tetap menjadi makhluk seperti "gurunya" katakan: seekor mawas yang berevolusi. mungkin selepas ini ia akan menjadi kera seperti dalam "Planet Of The Epls" yang mambuat kamiran dan pembezaan. siapa tahu? sebab mereka sentiasa berubah dengan menyesuaikan dirinya dengan alam.
catatan:
[posted Wednesday, 1 September 2004]

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home