Wednesday, December 08, 2004

tiga dara pingitan

aku masih ingat masa kecil dulu kak bibik mengutuk Munah [bini muda abah yang umurnya lebih tua dari mak aku] dengan solekannya yang macam pelakon opera cina. kalau dari belakang Munah nampak macam perempuan cantek tapi bila ditengok mukanya; pasti setiap orang tertawa – muka warna putih sebab tempek bedak seinci tebalnya.

kata kak bibik yang masa itu masih bersekolah di Jitra: “Perempuan cantek tanpa solekan – natural. kalau ada pipi merah atau gincu, dah hilang seri, jadi tak cantek”.

kata ini aku ingat dari aku kecil sehingga kini. mungkin sebab itu aku suka perempuan yang punya solekan yang tipis saja, yang nampak natural. suka dengan perempuan yang ada ciri-ciri “typical Malay”.

tapi bila kak bibik terbang ke jepun sejak 1995, segalanya berubah. kak bibik dah jadi orang jepun walaupun dia punya kulit paling gelap dalam keluarga aku. mungkin dia rasa matanya sepet.

sebenarnya sejak dari dia di RPKJ di UTM Semarak lagi dah bersolek sakan. dan akhirnya dia bertambah-tambah bila berangkat ke jepun.

aku terus simpan kata-katanya hingga hari ini.

kemudian aku masih ingat kata kak imah pernah kepada aku tentang lelaki idamannya: “Aku nak cari anak tengah. kalau sulung kena jaga adik beradik. kalau bongsu kena jaga mentua. nak yang handsom dan kaya”.

wah! kak imah memang materialistik, dan aku fikir dia boleh mendamba sebab dia cantek [anak mak yang paling cantek], pandai, hatinya cekal, petah, punya ambisi yang tinggi. tapi akhirnya dia mendapat jodoh dengan abang zul, rakan sekolah kak bibik di jitra dan kemudian sama-sama menuntut di jepun juga. apa yang kak imah angan-angankan tak dapat tapi apa yang dia nak elak itulah yang dimiliki oleh abang zul.

mungkin sebab itu juga aku selalu menganggap banyak dari perempuan bandar ini selalunya punya permintaan tinggi.

aku senyum bila mengenangkan ciri-ciri bakal suaminya!

kemudian, kakak [kak umi] selalulah mengingatkan aku tentang bahawa bertapa ramai manusia yang suka mengata orang lain dan akhirnya tuhan mengujinya kembali dengan perkataan tersebut. macam kak bibik dengan kutukannya terhadap Munah, macam kak imah dengan angan-angannya.

dan aku mula berfikir tentang aku: “Aku selalu mengutuk orang, mengkritik orang. pasti Tuhan akan timpakan aku dengan perkataan aku sendiri”.

dan aku juga selalu mengeluarkan prinsip-prinsip. sedang aku tak pernah memikirkan apakah aku pernah melanggari prinsip-prinsip itu. yang aku tahu; aku terus bercakap dan mengutuk dan mengkritik dan menyuarakan prinsip.

secara jujur aku mengaku di depan neezal malam tadi [6/12/04]: “Aku banyak berkata, tapi aku banyak menyalahi apa yang aku katakan”.

mungkin kerana itu ajaran agama; diam lebih baik dari banyak berkata-kata. sebab banyak orang yang berkata dan akhirnya mereka sendiri akan melanggari perkataan mereka. manusia banyak memikirkan tentang orang lain tanpa memikirkan diri mereka.

kakak selalu berpesan kat aku: “Allah akan uji hang bila hang berkata-kata”.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home