Wednesday, November 24, 2004

Tong Cham Ping

Dalam taklimat di Kulai dan sedikit di Pontian, aku ada juga cebut-sebutkan cerita yang Mak Ndak aku sampaikan pada Raya tahun lepas.

Cerita tentang Tong Cham Pin.

Bukan cerita tentang bahulu ataupun semperit, bukan juga tentang duit raya dan berapa lama cuti yang dapat. Malah ini bukan cerita tentang drama cina ataupun wayang opera. Juga bukan nama sedara lelaki Chin Peng tapi Tong Cham Pin adalah satu cerita tentang bangsa aku – Bangsa Melayu!

Ada sorang budak yang namanya Marzuki tetapi bila dia sebutkan namanya menjadi “Majuki”, berbau busuk, tak mandi pagi. Bila dok kat tepi dia bau busuk. Pastu Mak Ndak aku pun tanyalah kat dia; Hang tak mandi ka? Bau macam hindu paria. Dia sengeh macam kerang busuk. Bilasuruh mengeja dia geleng kepala dan senyum. Disuruh membaca dia tunduk kepala dan senyum juga. Bila dimarah dia senyumkan muka lagi!

Satu hari tanyakan kat dia; Bapak hang mana? Dia kata dah lama tak ada. Tanya mak kerja apa? Mak kerja Tong Cham Pin. Jadi mak aku pun tertanya-tanya dalamhati; “Kerja apa ini?”

Bila dikenang-kenangkan betapa ada dalam kelas itu ada beberapa orang yang tak tahu membaca sedangkan mereka itu sudah darjah dua, maka Mak Ndak aku pun buatlah kelas tambahan. Satu hari kelas tambahan tamat lewat, jadi Mak Ndak aku pun hantarkanlah si Majuki ni balik. Jadi masuklah kampung, sudah masuk kampung kena lagi masuh lorong kecil, belok kanan, belok kiri. Masuk kebun getah, masuk jalan belakang rumah orang. Haa.. kan depan tu. Mak Ndak aku pun berhenti kereta. Eehh ... bukanlah rumah saya. Kat depan tu. Jadi Mak Ndak aku pun start kereta dalm jalan lagi. Haa… belik kiri, lepastu kat depan ssikit rumah saya. Belok lah kereta itu ke kiri dan berhenti lagi. ehee… bukan lah rumah saya, tersilap. Dipendekkan cerita, akhirnya sampai lah juga ke sebuah gobok buruk.

Sempat jugalah Mak Ndak aku jumpa mak Majuki; Kak kerja apa, kak? Kak kerja potong asam keping ja.

Jadi pada raya ke empat, aku sekeluarga datang melayat Majuki dan maknya di Changkat Jering. Rumahnya rumah PPRT, rumah kerajaan. Tapi rumahnya tidak berapi dan berair. Dindingnya berlubang, atapnya tiris (bocor), lantainya tidak bertikar. Bila nak berak, carilah mana-mana semak ataupun batang pokok buat baja organik. Bila nak minum air, ambillah di perigi yang semacam lopak kecil. Bila aku jengokkan kepala ke periginya, airnya kuning. Air itulah dibuat mandi, air itulah juga dibasuh baju dan air itulah juga diteguk dan dijerang nasi.

Rumahnya belakang reban ayam orang sebelah. Becak. Dari rumahnya nak ke jalan besar lebih dari setengah batu meredah denai. Untuk ke sekolah, majuki terpaksa bangun awal tanpa mandi dan berjalan lebih dari 1 km, sebab itu dia berbau busuk. Kadang-kadang dia datang ke sekolah, kadang-kadang tidak. Bila penat nak berjalan, tak datang lah dia, bila hujan turun, tak datang lah dia. Bila jalan becak, tak datang lah dia.

Kerajaan hanya bagi rumah yang ada dua bilik, satu bilik termenung. Api air, kerajaana tak bagi. Yang Berhormat juga tak bagi sebab Tong Cham Pin tak boleh buat profit untuk “Yang Berhormat”. Setiap bulan ada dapat bantuan sedikit dari Jabatan Masyarakat.

Jengok ke dapurnya – tak ada apa-apa. Patutlah masa kami sampai itu tak ada nasi sedangkan jam sudah pukul 2 petang. Pukul 2 itu depa bersandar dengar radio kecil buruk yang dah rosak – dengar lagu raya sedangkan mereka tak ada semperit dan bahulu. Depa tak ada apa-apa melainkan gelaran “si miskin”. Depa sekeluarga tak makan tengah hari, makan malam saja, itupun kalau ada.

Bapak majuki mati masa umur dia 6 bulan. Jadi dia tak pernah tengok muka bapak dia. Bila bapak dia meninggal, terpaksalah mak dia besarkan ketujuh-tujuh orang anak bersendirian. Kerana itulah abik beradik majuki tak terjaga, sampaikan abangnya yang darjah empat tak tahu membaca. Bila abang aku tanya apa namanya; “Jukipli” [zulkifli]. Kesihan sebab majuki dan jukipli pelat.

Malang sungguh keluarga ini. Aku ingatkan keluarga aku yang malang, tapi rupa-rupanya ada orang yang lebih malang lagi. Teringat kata Wan SPG kepada Neezal: “Ko patut bersyukur, sebab ada orang lain yang lebih teruk dari ko”. Dan aku mula bersyukur.

Masa balik, kak aku yang kat Shah Alam bagi tau yang dia boleh masukkan majuki dan adik beradiknya yang lain ke Yayasan Al Bukhari di Kedah. Dan kak aku juga memberi sedikit sumbangan dari Yayasan Al Bukhari sebelum balik.cukuplah untuk depa beli beras dan ikan bilis selama sebulan dua.

Bila aku kenang-kenang; hidup bangsa kita ini masih belum sempurna. Nasib orang kita ini belum terjaga. Dan orang yang ada moto itu patut bersyukur sebab ada yang hanya anaik basikal tua. Yang ada sebijik kereta kancil itu patut bersyukur sebab aya yang naik moto kapcai saja. Yang rumah papan patut abersyukut sebab ada yang tidur di tepi jalan saja. Tapi syukur bukannya menyerah tanpa berusaha.

Lepas sampai kat kl, aku berasa ngan Rasydan di bangsar. Tengah makan nasi, ada pakcik buta minta sedekah. Aku hulurkan sedikit sebab duit aku pun sedikit saja. Rasydan tak suka; katanya orang yang minta sedekah ini pemalas. Depa boleh buat kerja. Bayangkan kalau sorang kasi RM 1, kalau satu malam dapat 10 orang dah jadi RM 10. itu kalau 10 orang satu malam. Kalau ada 20? Dia kata juga, kadang-kadang yang buta datang berteman dengan isteri yang sempurna, yang isteri itu boleh berkerja. Jadi dia buat kesimpulan untuk tidak mahu bersedekah.

Aku katakan pada dia; buat apakita selidik sama ada yang buta itu berpura-pura buta, yang capek itu berpura-pura capek, yang kurap itu berpura-pura kurap. Buat apa kita kirakan apakah dia yang meminta itu boleh berkerja, berapa banyak dia beroleh satu malam dengan menadah tangan. Ini bukan kerja kita. Tetapi apabila ada orang yang meminta, dan kita diberi sedikit kelebihan, maka berikanlah semampu kita. Sebenarnya Allah telah buka jalan kepada kita untuk bersedekah. Allah berikan kepada kita wasilah untuk melipatgandakan rezeli kita, satu wadah untuk membersihkan pendapatan kita. Jadi tidak perlu kita fikirkan apa yang akan di buta itu buat dengan duit kita dan apakah dia benar-bnar memerlukan duit kita. Sebab orang yang memberi lebih mulia dari yang meminta. Kalau kita di tipu, biarkanlah sebab setakat RM 1, tidaklah mengapa.

Se3lalunya yang bising-bising ini, yang tidak mahu bersedekah, Cuma malu bila orang sebelah hulurkan sedekah. Jadi cepat-cepatlah dia reka-reka alasan. Tak apa rasydan; kalau hang tak nak bersedekah, diam-diam sajalah!

2 Comments:

Blogger neezal said...

Manusia itu unik.
Dicipta lengkap dengan akal serta perasaan.

Sejak akhir-akhir ini, aku semakin sensitif.
Sensitif dengan pelbagai lingkup perkara.
Tindakan, pemikiran, pertuturan, emosi dan respon balas.
Mungkin kerana inginkan suatu perubahan.

Tong Cham Pin berjaya mengusik permukaan jiwa aku yang nipis secara perlahan-lahan. Perlahan-lahan seperti begitu sukarnya meredah semak, membelok kiri dan kanan, memicit hidung dengan bau tahi ayam candu serta memijak becak (lecah kata orang perak)yang hijau kekuningan untuk ke rumah Marzuki.

Tong Cham Pin meningatkan aku pada gdis bertudung hijau daun pisang. Dengan raut penuh belas menyuakan diri di meja makan restoran rozi. Waktu itu anugerah era rancak berlangsung. Kata-kata azam juga bagai melekat dicuping aku.

November 27, 2004 10:29 AM  
Blogger ady bangchik said...

neezal.

makasih sebab selalu melawat aku
teringat. aku teringat lagi budak perempuan itu ketika anugerah era

dan aku suka dengan ayat2 ko

November 27, 2004 6:04 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home