perfileman
Masa raya baru-baru ini ada dua tayangan filem dari seorang Prof Madya dari Malaysia. Dia bikin cerita yang cukup takut dan lawak gila. Sebelumnya dia buat serita sedih. Yang menariknya heroinnya seorang model dan kemudian terjun dalam bidang nyanyian dan kemudiannya lagi sudah berlakun filem.
Yang cukup membanggakan ialah prof madya ini dapat menghasilkan filem yang cukup banyak jumlahnya berbanding Suhaimi Baba dan U Wei. Hinggakan baru-baru ini dia mendapat imbuhan kereta mewah dari syarikat tempat dia berkerja.
Cerita “Hingga Hujung Nyawa” memang sedih. Aku bukannya sedihkan kepada Khatijah Tan yang mati di tepi kaki lima ataupun Abu Bakar Omar yang meraung sakan di tengah-tengah badai hujan. Tapi aku sedih melihat filem dari seorang prof yang ahli dalam perfileman. Kemudian filem “Tujuh Perhentian” yang juga lakukan Era Fazira yang cukup menakutkan. Takut bukan kepada hantu itu tapi takut kebosanan bila menonton. Dan cerita “Saya Tahu Apa Yang Awak Buat Raya Lepas” juga cukup menggeletek bulu ketiak aku yang berpintal. Kelakarnya hingga aku bergolek-golek di atas lantai melihat kebodohan filem itu.
Alahai! Kesihannya filim melayu.
Kata pian; Razak Mohaidin ni bukan dari jurusan perfileman, dia dari marketing kot!
Untuk menghadam cerita-cerita yang punya kepandaian ini sukar kalau dalam bahasa Melayu. Yang banyaknya cerita-cerita yang merepek. Mungkin kita boleh mengharapkan golongan-golongan yang punya aspirasi tinggi seperti Yu Huang, Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan beberapa orang lagi seperti kumpulan artis ICT.
Justeru aku mengharapkan selepas ini Prof Madya itu tidaklah menjualkan seninya dengan sedikit keuntungan. Tidak lagi mengambil heroin yang cantek berdada besar dan hero yang tampan yang berjanggut halus; yang hero dan heroin ini tidak pandai berlakon.
Juga mengharapkan bangsa melayu yang “berseni tinggi” ini tidak lagi menonton filem-filem yang membodohkan kita, yang merendahkan kepandaian kita dan yang menghinakan martabat kita sebagai manusia bertamadun.
Catatan: kalaulah Prof tak ada calon untuk watak utama nanti, bangchik ada, pian pun ada!
Sekali sekala bagilah Yusri dan bininya jadi pak pacak sebab pak pacak tak payah dialog. Cuma terpacak ataupun lalu-lalang saja. Depa tu bukannya pandai sangat berlakon!

2 Comments:
Jika boleh, senaraikan kelemahan filem Hingga Hujung Nyawa. Ingin Tahu
Pembaca tidak mahu mengulas tentang apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh penulis bernama bangchik tentang hujah bernasnya berkaitan senario perfileman negara. Cuma mungkin satu pertanyaan, jika 7 Perhentian atau mungkin Hingga Hujung Nyawa itu diarahkan oleh nama-nama besar yang jualan filem mereka ternyata tidak memberansangkan seperti U-Wei, (terkecuali bagi Shuhaimi Baba yang mungkin menggunakan kekuatan Maya Karin sebagai tunjang utamanya. Bukankah Maya Karin juga seorang model (pakej lengkap dunia hiburan:ada rupa, ada bakat), penyanyi dan diekstrak bakatnya ke dunia lakonan. Apa bezanya dengan Erra Fazira? Komen Bangchik?)mengarahkan filem berkenaan, adakah mungkin gaya penceritaan sutradara itu akan mengundang rasa ketakutan/kesedihan sekaligus memaksa bangchik menonton filem itu berkali-kali? Atau mungkin filem yang asalnya untung berjuta akan tiba-tiba menyebabkan semua penonton di pawagam lari akibat 'kesusasteraan' yang melampau sehingga menyebabkan kebosanan terhadap tema yang kononnya cuba disampaikan kepada penonton. Jika ini terjadi, sudah pasti kesan akan dirasai oleh pengusaha2 pawagam dan menyebabkan semua pawagam ditutup. Penggiat filem pun tidak keruan lagi untuk menyumbangkan karya mereka.
Apa yang pembaca ingin tegaskan disini ialah, kita hidup di dunia yang memerlukan "keseimbangan" begitu juga dalam dunia perfileman. Biarlah golongan yang lebih mementingkan 'marketing' (seperti yang dicopkan oleh bangchik) itu menghasilkan filem dan biarlah sebahagian lagi penggiat filem yang benar-benar serius membikin sebuah filem yang benar-benar boleh dianngap filem mengikut refleksi interpretasi penulis bernama bangchik.Barulah dunia perfileman lebih meriah. Takkan semua filem perlu ada nilai-nilai sastera yang tepu, jitu dan padu? Cukup sekadar filem itu mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran,pedoman dan panduan kepada penonton semua. Wallahualam.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home