aku pria terhebat
Aku seolah-olah mahu jadi yang terhebat sahaja.
Orang yang punya jiwa besar akan punya impian besar. Orang yang jiwanya kecil selalunya punya keinginan kecil. Orang yang tidak punya impian bukanlah orang namanya, sebab setiap orang pasti akan punya keinginan. Inilah namanya nafsu. Justeru nafsu akan terus mekar dan berkembang.
Lalu dengan anggapan bahawa “aku adalah pria terhebat” maka aku melihat segalanya adalah simple dan orang-orang lain adalah tidak hebat – manusia simple juga.
Andai aku katakan hitam warnanya, maka jawabannya tentu akan hitam. Kalau putih kataku maka putihlah. Kalau kataku cocok dengan kebenaran maka itu adalah satu kebenaran. Andai kataku nyata menyeleweng dari kebenaran, maka ia tetap juga adalah kebenaran, cumanya hakikatnya belum ditemui lagi olah orang. Maka sesuatu itu tidak boleh bersalahan dengan kata-kataku, kerna kata-kataku adalah hukum dan aku adalah pemutus hukum.
Macam itulah kelakuan gila orang yang punya anggapan “Aku adalah pria terhebat”.
Dan macam itulah gilanya aku bila aku mengenangkan kegilaanku. Sehingga akhirnya aku mengetahui bahawa aku perlu untuk melawan gelojak nafsu gila itu. Aku perlu sadar bahwa di luar sana kehebatan yang aku miliki tidaklah seberapa. Yang hebatnya hanya dalam pikiran aku saja. Di luar sana bukanlah kata-kataku yng akan menapaki kebenaran tetapi kebenaran itu adalah sesuatu yang tidak menyeleweng dari hakikat. Dan hakikat itu adalah termaktub, tunggal dan tidak berbilang.
Untuk menggapai kebenaran itu, ia bukanlah satu kerja mudah. Sulit untuk mengetahui kebenaran yang benar. Sebab kebenaran itu ada banyak jenis. Ada yang terbit dari kepalsuan, diciptakan oleh orang jahat. Ada yang terbit dari kebodohan, dicipta oleh orang bodoh. Ada yang terbit diri kesesatan, diciptakan oleh orang yang jahil murakab. Dan ada yang lahir dari kebenaran itu sendiri. Yang terakhir inilah yang setiap manusia mahukan andai dia menemuinya. Tetapi bagaimana kita bisa memilah lantaran semuanya mengaku “benar”?
Kerana itulah, seperti yang telah aku katakan, bahawa “pria terhebat” seperti aku ini dengan mudah mengenal kebenaran. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya!
Oleh betapa hebatnya aku dengan hanya melihat kilas ikan di air, maka aku juga boleh berkata apa saja mengikut kemahuan aku. Hari ini aku boleh katakan bahawa ikan itu seorang jantan. Dan esoknya aku boleh berkata bahawa ia sebenarnya seekor wanita. Dan lusanya aku berkata lagi: “Sebenarnya ikan itu bukan jantan dan bukan betina, melainkan dia seekor pondan!”.
Orang yang mendengar kata-kataku, ada yang berkata: “Gila rupanya orang ini”. Ada juga yang mengumpat-umpat aku, malah banyak yang cuma diam, tapi dalam hati mereka mengatakan aku ini “cakap tak serupa bikin”.
Pria terhebatkah aku?
Atau aku manusia gila yang mengilaai kehebatan diri? Atau manusia yang tidak pernah mengintrospeksi [muhasabah] diri?

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home